“Sekolah dah buka, tapi kami masih belajar di bangunan yang lama...
Ustaz, bila bangunan sekolah kami nak siap?”
Sejak tahun 2015 Madrasah Darul Falah ditubuhkan, seramai 185 orang
pelajar telah didaftarkan di sekolah ini. Kini, dengan bertambahnya bilangan
pelajar dan guru, persekitaran yang lebih selesa dan luas diperlukan untuk
menjamin sesi pembelajaran yang berkesan.
Selain itu, keadaan ekonomi sekarang agak memberi kesan kepada
semua pihak termasuklah pihak Madrasah Darul Falah. Oleh itu, pihak kami amat
mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai agar dapat meringankan urusan pengurusan
dan kebajikan warga Madrasah Darul Falah.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa
yang melepaskan kesusahan seseorang di dunia, Allah akan lepaskan kesusahannya
di hari akhirat." (Hadis Bukhari)
Bangunan lama Madrasah Darul Falah yang uzur
Perhimpunan pagi warga Madrasah Darul Falah di dewan terbuka beratapkan zink
Situasi pembelajaran di dalam kelas
- Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
- Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
- Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan.
- Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : +6012-6625323 (Wakil Pengurusan Madrasah Darul Falah).
AYUH SEGERAKAN PEMBINAAN SEKOLAH
BANTU ANAK-ANAK MADRASAH DARUL FALAH BELAJAR DENGAN SELESA